Wavy Cursor Tail 11 -->

Monday, 7 July 2014

Iklan ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’ Di Pulau Pinang Akan Diturunkan,Jangan Terpedaya Promosi Skim Cepat Kaya


PADA Mei lalu, beberapa portal tempatan pernah melaporkan mengenai papan iklan gergasi yang memaparkan wajah seorang lelaki dengan ayat ‘Bakal Orang Terkaya di Dunia – En. Zhang Jian’ di susur masuk dan keluar dari kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang.

Ia menimbulkan tanda tanya siapakah lelaki itu dan apakah motif iklan tersebut?


Menerusi laporan mStar Online, iklan tersebut sebenarnya mempromosikan perniagaan jualan langsung kumpulan jutawan ‘YSLM’ yang berpusat di China.

Lelaki dalam gambar tersebut juga merupakan warga China yang tinggal di sana.

Terbaru, menerusi laporan The Star, rupa-rupanya perniagaan itu sudah diharamkan di negara itu dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak lima kali.

Ini kerana, dia dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang menyababkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Khabarnya, mereka yang berminat untuk menjadi jutawan segera hanya perlu membayar RM300 dan bakal mendapat pulangan sehingga RM6,800 sebulan.

Justeru, iklan tersebut bakal diturunkan selepas polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai menerima banyak laporan dan aduan daripada orang ramai yang curiga dengan iklan tersebut.

Khabarnya, pemilik perniagaan tersebut juga telah bersetuju untuk menurunkan iklan itu walaupun permitnya sah sehingga November nanti.

2 comments:

  1. masih ada lagi iklan tersebut on the way ke kedah

    ReplyDelete
  2. ya memang ada ... kat jambatan pulau pinang pun belum buang

    ReplyDelete