Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual.
Contoh rasmi borang soal atau kaji selidik bagi tugasan geografi PT3 2014. Dalam tugasan Geografi Tingkatan 3, pelajar perlu melampirkan borang soal selidik sebagai kaedah kajian mengenai tajuk yang telah dipilih. Berikut adalah contoh format Borang Soal Selidik bagi Tugasan Geografi PT3 2014.

Nota Penting: Sila ubah suai borang soal selidik mengikut kreativiti anda, termasuk penambahan soalan yang relevan.
Contoh Rasmi Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2014
Kaedah kajian yang digunakan dalam tugasan ini adalah borang soal selidik. Sebanyak 200 sukarelawan (Bilangan Respondens) di Taman Cheras Kuala Lumpur (Tempat Tinggal Anda) telah terlibat dengan soal selidik yang telah dijalankan.
Borang Kaji Selidik
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi
Tajuk: Kajian Mengenai Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur
Bahagian A: Latar Belakang
Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Nama Penuh: __________________________
2. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
3. Umur: __________ tahun
4. Bangsa:
[ ] Melayu
[ ] Cina
[ ] India
[ ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan
3. Pekerjaan:
[ ] Kakitangan awam
[ ] Kakitangan swasta
[ ] Tidak bekerja/ Pelajar
Bahagian B: Pengetahuan Am Pencemaran Udara
4. Pada pendapat anda, apakah punca pencemaran udara di kawasan anda?
[ ] Pembakaran terbuka
[ ] Asap kenderaan
[ ] Pembalakan
[ ] Perkilangan
5. Apakah kesan pencemaran udara?
[ ] Hujan asid
[ ] Penipisan Lapisan Ozon
[ ] Pemanasan global
[ ] Menjejaskan kesihatan
6. Apakah langkah mengurangkan pencemaran udara?
[ ] Kempen kesedaran
[ ] Penggunaan petrol tanpa blumbum
[ ] Penanaman semula
[ ] Kitar semula
~~~SEKIAN TERIMA KASIH~~~
gfy
ReplyDelete