Monday, 8 December 2014
bercuti
assalamualaikum .. dok nampak skolah nak start balik dah ... aku still x melancong ke mana2 still lagi sangkut kat s.p.... ada la satu cita nak share nih lepaih aku gaduh kit2 ngn marka aku lepaih kantoi dia duk meqela ngn jantan lain aku pulau la dia sat dua tiga minggu paihtu kak aku dok p korea dia ambik henset aku ... xbagitau aku pulak tu .. dah sampai klia baru dia gtau mengamuk la aku bebal smua ada..... sekian sampai kat sini ja la nak p penang st g .. dah la semalam redah roadblock dengan hujan.. btw mau x redah roadblock lesen pn xdak hahahaha... bye2 guys sambung nanti assalamualaikum
Monday, 17 November 2014
Tuesday, 11 November 2014
CINTA
hello guys ?? lama bhaitt tak update blog rasa rindu la pulak ann.. maklum laa busy dengan study bagai ..yeahh harini aku nak cerita sikit pasal kisah cinta aku haha... you know what first time aku kapel .. punya la aku jaga relay aku lek lok .. last skli gf aku ni kandoi dok p menarek ngn laki len.. frust menonggeng aku masa tu haha... start dari situ aku jadi liaq .. kluaq malam la pi merempit la.. start lpas break ngn dia aku ramai jugak yg aku kapel tapi au tak pernah amek serious ... but sampai membe aku match kn aku ngn awek sorang ni.. tapi mmg serious garang haha... ayat la punya ayat . akhirnya dapat pon awek ni.. niat mula2 aku nak game ja awek ni .. tapi makin lama aku kapel ngn dia .. dia macam dh sebati dalam hidup aku ... aku jd macam serba salah kalau nk kluaq ngn prempuan lain... start dari situ laa aku mula belajaq setia balik... and now sampai sekarang aku masih dengan dia ....
thanks sayang sebab sedarkan saya
zulaikha love u
thanks sayang sebab sedarkan saya
zulaikha love u
Friday, 10 October 2014
RXZ untuk dilepaskan
Harga motor 1.8k ... pandai pujuk boleh murah lagi... urgent area s.p... kita ni tolong memba2 ja... tolong sebarkan... gran ada roadtax mati... ingatt pandai sembang boleh murah lagii . Number fon ada kat bawah... boleh whatsapp sendiri la noh
Saturday, 26 July 2014
Lawak..Topi Dayang Besar Sangat, Ganggu Pandangan Ratu Elizabeth
Satu insiden yang agak pelik tapi kelakar berlaku ketika Ratu Elizabeth hadir menyaksikan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland kelmarin.
Meskipun kedudukan tinggi dimiliki Ratu Elizabeth sering membuat baginda diberikan tempat duduk khas dan istimewa, ia tidak berlaku ketika baginda hadir menyaksikan acara renang.
Ratu Elizabeth bukan sahaja terpaksa duduk di kerusi plastik untuk penonton biasa malah tempat duduknya terletak agak belakang hingga baginda terpaksa menjengah beberapa kali untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.
Pandangan baginda dihalang oleh topi hijau yang dipakai oleh dayangnya sendiri, Annabel Whitehead yang turut hadir menemani baginda ke acara tersebut.
Dalam beberapa gambar, dapat dilihat Ratu Elizabeth terganggu dengan perkara ini hingga mempengaruhi mood namun baginda tetap bersopan dengan tidak mengarahkan supaya dayangnya menukar tempat duduk.
Pada masa sama dayangnya yang mungkin tidak menyedari keadaan ini kelihatan begitu selesa menyaksikan acara renang tanpa mengetahui dia sudah ‘mencaras’ Ratu Elizabeth.
Meskipun kedudukan tinggi dimiliki Ratu Elizabeth sering membuat baginda diberikan tempat duduk khas dan istimewa, ia tidak berlaku ketika baginda hadir menyaksikan acara renang.
Ratu Elizabeth bukan sahaja terpaksa duduk di kerusi plastik untuk penonton biasa malah tempat duduknya terletak agak belakang hingga baginda terpaksa menjengah beberapa kali untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.
Pandangan baginda dihalang oleh topi hijau yang dipakai oleh dayangnya sendiri, Annabel Whitehead yang turut hadir menemani baginda ke acara tersebut.
Dalam beberapa gambar, dapat dilihat Ratu Elizabeth terganggu dengan perkara ini hingga mempengaruhi mood namun baginda tetap bersopan dengan tidak mengarahkan supaya dayangnya menukar tempat duduk.
SELAMAT HARI RAYA
aku sebenarnya nak mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa dengan korang ... sorry eh ??? kira 0-0 la annn...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
Friday, 25 July 2014
RM160 juta buat Paul Walker
Sewaktu filem Fast & Furious 7 menjalani penggambaran, kematian Paul Walker dalam kemalangan tragik menggemparkan peminat dan industri filem antarabangsa.
The Hollywood Reporter melaporkan tragedi itu kini mencipta satu lagi impak baru apabila tuntutan insurans terhadapnya menjadi yang tertinggi dalam sejarah Hollywood.
Tuntutan berkenaan dianggarkan sebanyak AS$50 juta (RM160.3 juta) dalam pada sekuel akhir filem berkenaan menjalani penggambaran selama 13 minggu dan dijadualkan berakhir pada Julai.
ia mungkin menimbulkan ketegangan antara Universal Pictures dan syarikat insurans produksi itu, Fireman’s Fund kerana kos dilihat meningkat secara mendadak selepas kematian Walker.
ia mungkin menimbulkan ketegangan antara Universal Pictures dan syarikat insurans produksi itu, Fireman’s Fund kerana kos dilihat meningkat secara mendadak selepas kematian Walker.
TUNTUTAN insurans daripada kemalangan yang meragut nyawa Paul Walker dilaporkan menjadi tuntutan tertinggi dalam sejarah Hollywood.
Satu sumber memberitahu penerbitan filem yang menelan belanja AS$200 juta (RM641.3) itu kini dijangka meningkat kepada AS$250 juta (RM801.6).
“Mereka cuba menyiapkan filem berkenaan mengikut skrip asal dan menggantikan Paul menggunakan teknologi digital komputer,” katanya.
Bagi memungkinkan perkara ini, dua saudara kandung Walker, Cody, 25 dan Caleb, 36, akan mengisi babak berkenaan bila diperlukan dan untuk meniru aksi Walker sebagai Brian O’Conner.
Penerbit akan menggunakan khidmat Weta Workshop yang pernah digunakan dalam filem Lord Of The Rings untuk menjana kesan khas.
Tiga kamera termasuk kamera utama diperlukan bagi menyempurnakan perkara itu.
“Banyak peralatan diperlukan. Semua perkara yang mereka mahu lihat daripada “bayangan” Paul perlu dilakukan tiga kali. Tiga pelakon kali tujuh kamera setiap babak pastinya memakan belanja yang sangat besar,” kata sumber berkenaan.
Pengarahnya, James Wan pula dikatakan cuba mencipta babak baru daripada rakaman yang tidak digunakan dalam dua filem Fast & Furious sebelum ini.
Kemalangan ngeri membabitkan kenderaan yang dinaiki Paul menyebabkan penggambaran filem itu tergendala selama empat bulan dan penulisnya, Chris Morgan terpaksa mengubahsuai babak dan pelakon yang memerlukan bayaran tambahan kerana penambahan waktu penggambaran.
Apa yang menjadi persoalan kini adalah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang digunakan bagi menyiapkan filem berkenaan dengan ketiadaan Walker sebagai satu daripada watak utama filem itu.
Broker insurans daripada syarikat Arthur J Gallagher & Co, Brian Kingman percaya, Fireman’s Fund terpaksa membayar jumlah tuntutan itu.
Sementara jurucakap Universal Studio berkata Fireman’s Fund memberi kerjasama yang baik. Tetapi satu sumber lain mendakwa syarikat itu dan Universal Studio tidak sependapat mengenai kesan kematian Paul terhadap kos pembikinan filem berkenaan.
Namun begitu, Universal Studio tetap menyambung penggambaran filem berkenaan pada April dan turut merancang satu lagi sekuel filem aksi perlumbaan kereta itu.
Fast & Furious 7 yang disifatkan sebagai filem khas memperingati mendiang Paul, dijangka ditayangkan pada 10 April 2015.
Tuesday, 22 July 2014
Berhati-Hati Dalam Pelaburan Wang Anda Dan Jangan Meleburkan Wang Anda
Berhati-Hati Dalam Pelaburan Wang Anda Dan Jangan Meleburkan Wang Anda | Bab wang ini jangan dibuat main-main. Pastikan pelaburan anda selamat. Teruskan membaca.
-
Berhati-Hati Dalam Pelaburan Wang Anda Dan Jangan Meleburkan Wang Anda
Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. Yup, antara tips ringkas terbaik untuk mengelakkan diri daripada tertipu. Penting buat semua untuk baca sehingga habis.
1.
Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.
2.
Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
3.
Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
4.
Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
5.
Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
6.
Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.
7.
Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.
8.
Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.
9.
Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)
10.
Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
Kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
11.
Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)
12.
Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Memang ada aura.
Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan
Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan | Pasti anda semua pernah melihat pengadil bola sepak Piala Dunia menggunakan ' magic spray' untuk membuat garisan di atas padang. Jom baca kisah pencipta alat ini.
-
Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan
Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.
Buih yang boleh di gunakan untuk '10 ela dan akan terhapus selepas 60 saat - dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun sedang dipertimbangkan oleh pihak majikan Liga Perdana Inggeris.
Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini. Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia.
Hasil usaha dan penat lelah beliau akhirnya membuahkan hasil. Kita semua boleh mengambil contoh teladan daripada beliau agar kita lebih berjaya dalam hidup.
Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin Perbuatan Jin?
Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin Perbuatan Jin? | Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya
-
Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin Perbuatan Jin?
Selalu Lebam-lebam ??? tak tahu dari mana datangnya lebam.Semoga Allah melindungi kita,bangun pagi tiba2 ada lebam kat anggota badan, siapa disini yang kerap ada lebam2 dibadan?Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.
Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.
Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.
Tanda ada gangguan Jin dalam badan :
DALAM KEADAAN JAGA
– Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
– Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
– Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
– Selalu ada pergerakan dalam badan.
– Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
– Selalu sakit kepala.
– Selalu sesak nafas
– Selalu cepat marah
– Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
– Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
– Selalu berasa ketakutan.
KETIKA TERTIDUR
– Kerap terjaga.
– Selalu susah hendak tidur
– Bercakap/ berjalan dalam tidur
– Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
– Selalu mimpi kanak-kanak
– Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
– Selalu mimpi lemas/ banjir
Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan Ustaz dan Ustazah yang mengamalkan cara perubatan Islam sebelum terlambat dan lebih parah lagi.
Wanita Warga Asing Terjatuh Tingkat Dua
.jpg)
Gara-gara terkejut dengan operasi pemeriksaan, seorang wanita warga asing ditemui terlantar kesakitan di atas jalan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua di pangsapuri Mentari Court, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Meldawati berusia lingkungan 30-an, mendakwa sedang tidur sebelum terkejut oleh bunyi ketukan pintu semasa pemeriksaan Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
Dia yang mengaku seperti bermimpi terus membuka tingkap biliknya sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta pangsapurinya.
Pasukan polis yang berada dilokasi kejadian terus menghubungi ambulan untuk memberikan rawatan kepada wanita berkenaan.
Wanita terbabit dipercayai cedera parah di kaki dan pinggang akibat daripada insiden berkenaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.
Punca sebenar dan gambar Raja Farah kemalangan teruk
Pelakon jelita yang mengambil keputusan bertudung pertengahan tahun 2011, Raja Farah difahamkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan kereta jenis Aveo miliknya selepas melanggar headwall sebuah culvert.
Menurut sumber, kemalangan teruk itu dikatakan berlaku disebabkan pemanduan tidak cermat Raja Farah di bahagian selekoh jalan sehingga terbabas dan tidak sempat membrek.
Bagaimanapun, Raja Farah hanya mengalami kecederaan di bahagian dada akibat terhentak.
Di laman Instagram peribadinya, beliau telah memuatnaik sekeping gambar sekitar situasi selepas kemalangan dan rawatan susulan yang dijalaninya. Di situ, ramai peminat meninggalkan komen nasihat agar aktres kesayangan mereka itu lebih berhati-hati dalam pemanduan. Ia turut disertakan kapsyen sederhana panjang berbunyi berikut :-
"Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..
"Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.."


Menurut sumber, kemalangan teruk itu dikatakan berlaku disebabkan pemanduan tidak cermat Raja Farah di bahagian selekoh jalan sehingga terbabas dan tidak sempat membrek.
Bagaimanapun, Raja Farah hanya mengalami kecederaan di bahagian dada akibat terhentak.
Di laman Instagram peribadinya, beliau telah memuatnaik sekeping gambar sekitar situasi selepas kemalangan dan rawatan susulan yang dijalaninya. Di situ, ramai peminat meninggalkan komen nasihat agar aktres kesayangan mereka itu lebih berhati-hati dalam pemanduan. Ia turut disertakan kapsyen sederhana panjang berbunyi berikut :-
"Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..
"Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.."


sumber:,http://plbgaimacam.blogspot.com/
sumber :http://penmurah.blogspot.com/
sumber :http://penmurah.blogspot.com/
HOSPITAL SWASTA TAK BERHATI PERUT, BIAR TIGA BERANAK TERLANTAR TEPI JALAN
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.
Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.
Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.
Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital. -
TERKINI: Kotak Hitam MH17 Telah Diserahkan Kepada Wakil Malaysia
Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.
Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.
“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.
Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.
“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.
Sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.
Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.
“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.
“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.
Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.
Subscribe to:
Posts (Atom)