Wavy Cursor Tail 11 -->

Monday, 8 December 2014

bercuti

assalamualaikum .. dok nampak skolah nak start balik dah ... aku still x melancong ke mana2 still lagi sangkut kat s.p.... ada la satu cita nak share nih lepaih aku gaduh kit2 ngn marka aku lepaih kantoi dia duk meqela ngn jantan lain aku pulau la dia sat dua tiga minggu paihtu kak aku dok p korea dia ambik henset aku ... xbagitau aku pulak tu .. dah sampai klia baru dia gtau mengamuk la aku bebal smua ada..... sekian sampai kat sini ja la nak p penang st g .. dah la semalam redah roadblock dengan hujan.. btw mau x redah roadblock lesen pn xdak hahahaha... bye2 guys sambung nanti assalamualaikum

Tuesday, 11 November 2014

CINTA

hello guys ?? lama bhaitt tak update blog rasa rindu la pulak ann.. maklum laa busy dengan study bagai ..yeahh harini aku nak cerita sikit pasal kisah cinta aku haha... you know what first time aku kapel .. punya la aku jaga relay aku lek lok .. last skli gf aku ni kandoi dok p menarek ngn laki len.. frust menonggeng aku masa tu haha... start dari situ aku jadi liaq .. kluaq malam la pi merempit la.. start lpas break ngn dia aku ramai jugak yg aku kapel tapi au tak pernah amek serious  ... but sampai membe aku match kn aku ngn awek sorang ni.. tapi mmg serious garang haha... ayat la punya ayat . akhirnya dapat pon awek ni.. niat mula2 aku nak game ja awek ni .. tapi makin lama aku kapel ngn dia .. dia macam dh sebati dalam hidup aku ... aku jd macam serba salah kalau nk kluaq ngn prempuan lain... start dari situ laa aku mula belajaq setia balik... and now sampai sekarang aku masih dengan dia ....

thanks sayang sebab sedarkan saya
zulaikha love u

Friday, 10 October 2014

RXZ untuk dilepaskan

Harga motor 1.8k ... pandai pujuk boleh murah lagi... urgent area s.p...  kita ni tolong memba2 ja... tolong sebarkan...  gran ada roadtax mati... ingatt pandai sembang boleh murah lagii  . Number fon ada kat bawah...  boleh whatsapp sendiri la noh

Saturday, 26 July 2014

Lawak..Topi Dayang Besar Sangat, Ganggu Pandangan Ratu Elizabeth

Satu insiden yang agak pelik tapi kelakar berlaku ketika Ratu Elizabeth hadir menyaksikan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland kelmarin.

Meskipun kedudukan tinggi dimiliki Ratu Elizabeth sering membuat baginda diberikan tempat duduk khas dan istimewa, ia tidak berlaku ketika baginda hadir menyaksikan acara renang.

Ratu Elizabeth bukan sahaja terpaksa duduk di kerusi plastik untuk penonton biasa malah tempat duduknya terletak agak belakang hingga baginda terpaksa menjengah beberapa kali untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.

Pandangan baginda dihalang oleh topi hijau yang dipakai oleh dayangnya sendiri, Annabel Whitehead yang turut hadir menemani baginda ke acara tersebut.




Dalam beberapa gambar, dapat dilihat Ratu Elizabeth terganggu dengan perkara ini hingga mempengaruhi mood namun baginda tetap bersopan dengan tidak mengarahkan supaya dayangnya menukar tempat duduk.



Pada masa sama dayangnya yang mungkin tidak menyedari keadaan ini kelihatan begitu selesa menyaksikan acara renang tanpa mengetahui dia sudah ‘mencaras’ Ratu Elizabeth.

SELAMAT HARI RAYA

aku sebenarnya nak mintak maaf  la kalau ada terkasar bahasa dengan korang ... sorry eh ??? kira 0-0 la annn...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

Friday, 25 July 2014

RM160 juta buat Paul Walker

Sewaktu filem Fast & Furious 7 menjalani penggambaran, kematian Paul Walker dalam kemalangan tragik menggemparkan peminat dan industri filem antarabangsa.
The Hollywood Reporter melaporkan tragedi itu kini mencipta satu lagi impak baru apabila tuntutan insurans terhadapnya menjadi yang tertinggi dalam sejarah Hollywood.
Tuntu­tan berkenaan diang­garkan sebanyak AS$50 juta (RM160.3 juta) dalam pada sekuel akhir filem berkenaan menjalani penggambaran selama 13 minggu dan dijadualkan berakhir pada Julai.

ia mungkin menimbulkan ketegangan antara Universal Pictures dan syarikat insurans produksi itu, Fireman’s Fund kerana kos dilihat mening­kat secara mendadak selepas kematian Walker.
Foto
TUNTUTAN insurans daripada kemalangan yang meragut nyawa Paul Walker dilaporkan menjadi tuntutan tertinggi dalam sejarah Hollywood.

Satu sumber memberitahu penerbitan filem yang menelan belanja AS$200 juta (RM641.3) itu kini dijangka meningkat kepada AS$250 juta (RM801.6).

“Mereka cuba menyiap­kan filem berkenaan mengikut skrip asal dan menggantikan Paul menggunakan teknologi digital komputer,” katanya.

Bagi memungkinkan perkara ini, dua saudara kandung Walker, Cody, 25 dan Caleb, 36, akan mengisi babak berkenaan bila diperlukan dan untuk meniru aksi Walker sebagai Brian O’Conner.

Penerbit akan menggunakan khidmat Weta Workshop yang pernah digunakan dalam filem Lord Of The Rings untuk menjana kesan khas.

Tiga kamera termasuk kamera utama diperlukan bagi menyempurnakan perkara itu.

“Banyak peralatan diperlukan. Semua perkara yang mereka mahu lihat daripada “bayangan” Paul perlu dilakukan tiga kali. Tiga pelakon kali tujuh kamera setiap babak pastinya memakan belanja yang sangat besar,” kata sumber berkenaan.

Pengarahnya, James Wan pula dikatakan cuba mencipta babak baru daripada rakaman yang tidak digunakan dalam dua filem Fast & Furious sebelum ini.

Kemalangan ngeri membabitkan kenderaan yang dinaiki Paul menyebabkan penggambaran filem itu tergendala selama empat bulan dan penulisnya, Chris Morgan terpaksa mengubahsuai babak dan pelakon yang memerlukan bayaran tambahan kerana penambahan waktu penggambaran.

Apa yang menjadi persoalan kini adalah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang digunakan bagi menyiapkan filem berkenaan dengan ketiadaan Walker sebagai satu daripada watak utama filem itu.

Broker insurans daripada syarikat Arthur J Galla­gher & Co, Brian Kingman percaya, Fireman’s Fund terpaksa membayar jumlah tuntutan itu.

Sementara jurucakap Universal Studio berkata Fireman’s Fund memberi kerjasama yang baik. Tetapi satu sumber lain mendakwa syarikat itu dan Universal Studio tidak sependapat mengenai­ kesan kematian Paul terhadap kos pembikinan filem berkenaan.

Namun begitu, Universal Studio tetap menyambung penggambaran filem berkenaan pada April dan turut merancang satu lagi sekuel filem aksi perlumbaan kereta itu.

Fast & Furious 7 yang disifatkan sebagai filem khas memperingati mendiang Paul, dijangka ditayangkan pada 10 April 2015.